CAHAYA DI ATAS CAHAYA
Jadilah umpama pelita yang
menyala di tengah malam yang gelap
gelita.Memandu manusia kepada
hidayah yang menerangkannya. Bergiat cergaslah
demi agamamu dan janganlah bermalas-malas.
Berusahalah utk menggerakkan org yang
berdiam diri,agar sama-sama melangkah
dan terus melangkah..
"Allah pemberi cahaya kepada langit
dan bumi.Perumpamaan cahaya Allah adalah
seperti lubang yang tidak tembus,
yang di dalamnya ada pelita besar.
Pelita itu di dlm kaca dan kaca itu seakan2
bintang yang bercahaya seperti mutiara yang
dinyalakan dengan minyak dari pohon yang
banyak barakahnya,iaitu pohon zaitun yang
tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula
di sebelah barat,yang minyaknya sahaja hampir2
menerangi, walaupun tidak disentuh api.
Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis),
Allah membimbing kpd cahaya-Nya siapa yang
Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan2
bagi manusia dan Allah maha mengetahui segala
sesuatu.."(An-Nuur:35)
LIPATAN SEJARAH
UKHWAH FILLAH
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa
hati-hati ini (org yg tlh dibayangi tadi)
telah berkumpul kerana mengasihaniMu,
bertemu utk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji
setia utk mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatnnya.
Kekalkanlah kemesraan antara hati2 ini
akan jalanNya yang sebenar.Penuhkan hati
ini dgn cahaya RabbaniMu yang tidak
kunjung malap. Lapangkan hati2 ini
dengan limpahan iman dan keyakinan, ameen
ALLAH MATLAMAT KAMI,
AR-RASUL PIMPINAN KAMI,
AL-QURAN PERLEMBAGAAN KAMI,
JIHAD JALAN KAMI DAN MATI
MATI DI JALAN ALLAH ITU
SETINGGI-TINGGI CITA-CITA KAMI..
TAKBIR!!...ALLAHUAKBAR
|
Monday, May 17, 2004
Sambungan surah An-Nisa
Amanah
"Dan kami tidak utuskan seorg rasul melainkan supaya di taati dengan izin Allah"(An-Nisa:64)
Tiga syarat utk kita dikira sebagai seorg yang beriman adalah kita hendaklah berhakimkan kepada peraturan Allah yang terdapat di dalam Al-Quran dan sunnah dan tak cukup dgn itu kita harus berhakim kepada rasulullah dan menerima hukum2 dan keputusan baginda dengan kerelaaan..
"Oleh itu demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka berhakimkan kepadamu dalam perkara2 yg telah di pertikaikan di antara mereka kemudian mereka tidak dapati dalam hati mereka sebarang perasaan terkilan terhadap keputusan yg telah diputuskan engkau dan mereka menerima dgn penuh kerelaan." (4:65)
Inilah syarat keimanan dan batas keislaman. Kita hanya berhakimkan kepada Allah dan rasul bukan kepada taghut..Org yang berhakimkan taghut berpura2 mengatakan bahawa mereka telah beriman walhal kita tak boleh mencampurkan keduanya..Taghut tidak layak utk di hakimi..
Re: (4:60)
Sabagi seorg muslim sebenar, sistem keimanan dan sistem kehidupan kita adalah dengan mentaati Allah dlm peraturanNya yang di jelaskan dlm Al-Quran., dan mentaati Rasulullah di dalam peraturan2 yang terkandung di dlm sunnahnya, juga kena taat pada pemerintah yang ulul amri yg termasuk dalan syarat dan batas keislaman.
Re: (4:59)
Sekiranya berlaku pertentangan pendapat, hendaklah kita berbalik kepada Al-Quran dan sunnah sebagai sumber rujukan. Re (4:59)
Ini adalah satu-satunya cara utk mewujudkan sistem rabbani utk mengawal segala permasalahan mendadak di kalangan umat Islam.
"Sesungguhnya Allah ,menyuruh kamu menunaikan segala amanah dan tanggungjawab kpd yg berhak menerimanya dan apabila kamu mengadili di antara manusia, maka hendaklah kamu mengadili mereka dengan adil.Sesungguhnya Allah memberi sebaik2 pengajaran kpd kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Melihat." (4:58)
Mengadili dengan adil dan amanah adalah dua tugas mukmin dengan mengikut peraturan Allah.
Manusia telah dipilih oleh Allah utk menerima satu amanah agung yang tidak sanggup dipikul oleh langit, bumi, gunung ganang dan makhluk lain di muka bumi ini.Amanah itu adalah amanah dimana manusia telah berjanji utk bersedia menerima hidayah Allah, dan beriman kepada Allah dengan sepenuh hati..Keimanan yang terbit dari hati dan aqidah yang sebenar hanya kepada Allah. Amanah hidayah yang datang daripada hati yang berusaha dgn bersungguh2 utk memikul amanah itu dan dengan hidayah itulah wujudnya amanahyang bersesuaian dengan fitrah manusia.Yang membezakan manusia dengan makhluk lain adalah amanah agung ini..Makhluk lain tidak di beri peluang utk memikul amanah ini..Allah telah menetapkan makhluk2 lain utk mentaati undang2Nya tanpa usaha yang bersungguh2 dari makhluk tu..Tidak seperti manusia yang haru berusaha utk meningkatkan keimanan dan diberi fitrah utk akal dan kemahuan yang datang dari hati utk sampai kepada Allah dengan pertolongan Allah.
"Dan org2 yg berjuang utk mencari keredaan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan2 Kami kepada mereka."(al-Ankabut:69)
Daripada ayat di atas, jelas Allah menjanjikan hidayah kepada mereka yang berjihad bersungguh2 utk mencapai hidayah Allah..Jelas di sini bahwa kita perlu berusaha utk mendapatkan hidayah..Ianya takkan jatuh tergolek tanpa usaha yang bersungguh2 dan habis-habisan.
Ada tiga amanah penting yang oleh di ringkaskan di sini iaitu:
-Amanah utk berpegang pada Islam
-Amanah utk membuktikan Islam adalah benar
-Amanah utk membuktikan syahadah
Bila difikirkan secara mendalam, memang ketiga2 tanggungjawan ini maha berat..Bayangkan sehingga gunung penu akan hancur bila ia memikul amanah itu..betapa beratnya amanah itu tapi itu bukan alasan utk kita tidak memikul amanah itu..terutamanya amanah utk kita membuktikan syahadah..
Apabila kita melafazkan syahadah..Ianya bukan sekadar lafaz di bibir semata tetapi lafaz yang lahir dari hati yang akan menggerakkan anggota badan kita utk membuktikan syahdah itu.
Apabila kita melafazkan syahadah kita sepatutnya merasai akan tanggungjawab dan amanah yang Allah serahkan kepada kita.Tanggungjawab itu bukan sekadar solat, puasa, dan haji sahaja atupun beriman kepada kitab, malaikat hari akhirat etc..TAPI IA ADALAH TANGGUNGJAWAB YANG JAUHH LEBIH BESAR DAN JAUH LEBIH PENTING DARI ITU IAITU TANGGUNGJAWAB UTK MELAKSANAKAN DI HADAPAN SELURUH ALAM INI SEGALA HAQ SYAHADAH AL-HAQ(PENGAKUAN BAHAWA TIADA TUHAN YG LAYAK DI SEMBAH SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD ADALAH UTUSAN ALLAH yang kita imani dan akui sebagai agama kita:ISLAM.
Inilah amanah yang kita pikul..Inilah tanggungjawab kita..persaksian kita setelah persaksian para rasul..Kita menyambung persaksian tersebut kerana Allah.
"Dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yg lurus), Kami jadikan kamu wahai umat Muahmmad satu umat pilihan lagi adil,supaya kamu layak menjadi org yang memberi keterangan kpd umat manusia(tentang yg benar dan yg salah) dan Rasulullah (Muhammad) akan menjadiorg yg menerangkan kebenaran perbuatan kamu."(al-Baqarah:143).
Maksud syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang diletakkan ke bahu kamu selepas ketiadaan Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah kamu menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata atau dalam erti kata lain kepentingan dakwah :)
Kita harus menyampaikan pada org lain bahawa Islam adalah yang terbaik sehinggakan mereka tidak ada alasan mengatakan bahwa tiada org menyampaikan kepada mereka sewaktu mereka kat dunia dulu. Amanah yang kita pikul ini hanya akan terlaksana apabila Islam telah menjadi ustaziatul alam InsyaAllah..Buat masa sekarang ini kita terikat dengan amanah kita dengan Allah utk melaksankan penyaksian terhadap kebenaran AL-HAQ.
Penafsiran ayat 59
"Wahai org2 yang beriman!Taatilah Allah dan taatlah kepada radul dan pemerintah2 dari golongan kamu.Kemudian kamu bertentangan pendapat mengenai sesuatu persoalan maka rujuklah kepada Allah(Al-Quran) dan Rasul(As-Sunnah), jika kamu benar2 beriman kepada Allah dan kepada hari akhira.Tindakan itu adalah lebih baik utk kamu dan lebih elok akibatnya."(4:59)
Manusiaa adalah makhluk ciptaan Allah..Kita adalah makhluk yang punya nafsu dan akal..Akal manusia ni power tapi jadi lemah bila kita tak dapat kawal nafsu, Kesimpulannya, akal manusia tak dapat didefinisikan dengan satu pengertian yang mutlaq..IAnya berbeza dari seorg manusia dengan manusia yang lain..Sebabkan akal manusia berbeza, bolehke manusia menjadi adil dengan menggunakan akal kita semata2??TAK..akal manusia berbeza dan disebabkan perbezaan itu jepas terbukti undang2 ciptaan manusia macam common law tu memang tak common sebab pemikiran manusia berbeza dan bergantung pada keadaan sekeling dan lain2 faktor...tak gitu??Takkan wujud keadilan dengan undang2 yang datang daripada akal tanpa panduan daripada yang Maha Adil yakni Allah..
Disebabkan ketidaksepakatan akal manusia..Alah turunkan syara' utk menyepakatkan akal manusia..Manusia menggunakan akal kurniaan Allah utk faham akan syara' yg datang dari Allah melalui Al-Quran..Tapi kita tak boleh mengatakan bahawa syara' itu salah sebab ianya adalah terbukti benar dan paling ADIL...
Kesimpulannya di sini adalah kita sistem asas Islam dan dasar kehakiman dan sumber kekuasaan semuanya bermula dan berakhir apabila kita menerima segala undang2 dan peraturan Allah yang diyakini akan keadilannya. Tak pernah ke kita terfikir bahawa undang2 atau rules yang dicipta utk manusia oleh pencipta kita yakni Allah adalah yang terbaik sebab Dia lebih mengenali fitrah manusia sebab Allah yang menciptakan kita..Siapa lagi yang lebih tahu utk membuat rules utk "benda" yang diciptanya..Kalau tak org yang membuatnya..Macam tu gak ngan konsep undang2 Allah adalah yang paling tepat dan paling adil sbb undang2 itu utk manusia dan di gubal oleh pencipta manusia..ALLAHUAKBAR!!
wallahuallam :)
posted by ummu Ibrahim on 5:32 PM | ⊗
Friday, May 14, 2004
Penafsiran ayat 6
"Tunjukkan kami jalan yang lurus."(Al-Fatihah:6)
Ianya ibarat satu doa agar Allah tunjukkan jalan yang sebenar. Ayat ini adalah selepas ayat2 yang mengenalkan kita kepada sifat2 Allah seperti; Tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Tuhan yang memelihara sekalian alam, Yang maha penyayang dan maha pengasih, Penguasa hari pembalasan, Tuhan yang di sembah dan Dia adalah tempat kita meminta pertolongan..Setelah kita mengenali Allah daripada kelima2 ayat tadi. Pada ayat 6 ni kita berdoa kepadanya setelah meyakini bahawa Allah adalah tempat yang paling layak utk di minta pertolongan.
Apabila kita meyakini bahawa Allah adalah sebaik2 tempat utk meminta pertolongan dan tempat utk meletakkan pengharapan, kita akan terasa akan nikmat hidayah Allah(jalan yang lurus yang di doakan tadi)..Hidayah Allah adalah jaminan kebahagian yang hakiki..di dunia dan akhirat..Hidayah itu di bawah kekuasaan Allah, Dialah sebaik2 pemberi hidayah dan hidayah itu di bawah kekuasaanNya..
Hidayah Allah (jalan yg lurus) adalah the driving force utk memimpin fitrah kita sebagai manusia kepada undang2 Allah yang paling lengkap dan seimbang antara manusia dan alam kerana undang2 itu sendiri diciptakan oleh yang maha pencipta dan penguasa sekalian alam termasuklah hari pembalasan (Refer ayat 3)
Pentafsiran ayat 7
"Iaitu jalan org2 yg Engkau telah kurniakan nikmat ke atas mereka, bukan jalan org2 yg Engkau murkai dan bukan pula jalan org2 yg sesat."(Al-Fatihah:7)
Jalan yang lurus bukan jalan yang menyimpang dari kebenaran. Jalan yang lurus adalah jalan kebahagian bagi org2 yang mendapat hidayah..
Manakala jalan yang menyimpang adalah jalan org yang awal2 lagi dah sesat atau org yang pada mulanya benar tapi di tengah jalan tersesat..atau sengaja menyesatkan diri..wallahuallam..
Kelebihan surah ini
Surah ini adalah surah terpilih utk di ulang2 bacaannya di dalam solat kerana ia mengandugi dasar2 aqidah yang asas dalam kefahaman Islam dan tawajjuh atau doa2 kepada Allah S.W.T yang terbit daripada kefahaman yang sebenar..
Hadith: Sahih Muslim
Dialog antara Allah dan hambaNya
"Aku telah membahagikan solat (Al-Fatihah) kepada dua bahagian, separuhnya utk Ku dan separuh lagi utk hamba Ku dan utk hambaKu apa shj yg di pohonkan kepadaKu, apabila hambaKu berkata (1:1), Allah menjawab, "HambaKu telah memujiKu"
Apabila hamba itu berkata (1:2), Allah menjawab,"HambaKu telah memberi sanjungan kepada Ku."
Apabila hama itu berkata (1:3), Allah menjawab,"HambaKu telah mengagung-agungkan Ku." Dan apabila hamba itu berkata, (1:4), Allah menjawab,"Ini di antara hambaKu dgn Aku dan utk hambaKu apa sahaja yg dipohonkan kepada Ku, apabila hamba itu berkata, (1:5,6,7), Allah menjawab, "Ini utk hambaKu dan utk hambaKu apa sahaja yg dipohonkan kepadaKu."
Hadith yang sahih ini telah mendedahkan salah satu rahsia dan kelebihan surah al-Fatihah yang dipilih menjadi ummul kitab..Surah yang pertama dan menjadi bacaan kita sebelum kita memulakan sesuatu..kenapa ? Kerana dalam tujuh ayat ini terdapat asas2 kefahaman dan aqidah Islam ..Apabila kita membaca tujuh ayat ini di awal majlis, insyaAllah sebagai peringatan kita kepada Allah dam aqidah kita yakni Islam dan dapat membetulkan niat kita sebelum memulakan sesuatu..Niat kerana Allah, insyaAllah..
Wallahuallam :)
posted by ummu Ibrahim on 11:26 AM | ⊗
Sunday, May 09, 2004
Penafsiran ayat 3,4,5
"Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih"(Al-Fatihah:3)
Sekali lagi sifat kasih sayang dan kasih Allah diulang utk menjelaskan lagi konsep RUBUBIYAH Allah yang Maha sempurna. Melalui ayat ini wujud satu hubungan kasih sayang antara hamba dan Penciptanya. Ayat ini membentuk satu rasa kesyukuran kepada pencipta kita dan hidayah yang di hadiahkan kepada kita dalam kehidupan sebagai manusia. Satu perasaan semuala jadi terhadap rahmat kasih sayang yang lemah lembut dari Allah S.W.T.
"Tuhan yang menguasai hari pembalasan"(Al-Fatihah:4)
"Yang menguasai" atau "penguasa" membayangkan tahap kekuasaan yang paling tinggi. Manakalah "hari pembalasan" adalah hari penentuan di akhirat. Ramai umat manusia percaya akan kemujudan Allah dan Dialah yang menciptakan dunia ini tetapi tidak mempercayai akan kewujudan hari pembalasan.
"Dan jika engkau bertanya mereka: Siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi nescaya mereka menjawab Allah."(az-Zumar:38)
Dalam surah yang lain Allah menceritakan,
"Bahkan mereka hairan kerana mereka telah didatangi seorg Rasul yg memberi peringatan dari kalangan mereka sendiri, lalu berkatalah org2 kafir: Ini adalah satu perkara yg amat aneh.Apakah setelah kami mati dan menjadi tanah (kami akan di hidupkan kembali? Itu adalah satu pengembalian yg amat jauh." (Surah Qaf:2-3)
Kepercayaan kepada hari pembalasan adalah batas pemisah antara kebebasan manusia daripada menjadi hamba hawa nafsu kerana dengan meyakini akan kewujudan hari pembalasan kita tidak akan terikat dengan kehendak2 dunia yang sementara kerana kita yakin di penghujung jalan, kita akan mendapat balasan daripada Allah. Keyakinan ini juga akan menyelamatkan manusia apabila mereka sedar bahawa perjalanan hidup manusia adalah sgt pendek dan kita akan lebih merasakan kepentingan utk beramal kerana Allah kerana meyakini akan hari pembalasan Allah. Kita harus menunggu hari pembalasan dengan yakin dan tenang sambil menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Keyakinan ini akan membentuk satu keyakinan insaniyah yang hakiki sebagaimana yang dikehendaki Allah kepada para hambaNya.
Manusia harus yakin bahawa usia manusia ini tidak terbatas utk di dunia sahaja..Manusia yang Islam akan hidup selama2nya dengan meyakini akan kewujudan alam ghaib yakni apabila manusia di bangkitkan semula dan di balas segala amalannya di dunia ini.
Keyakinan ini akan menjadi pendorong dan penggerak kepada kita utk membantu Al-Haq dgn kepercayaan akan mendapat balasan dari Allah di akhirat kelak, insyaAllah.
Jelas nampak wujud dua golongan manusia, yang beriman kepada hari akhirat dan org yang tidak beriman kepada hari akhirat. Perbezaan jelas kelihatan antara dua kelompok manusia ini..mereka berbeza dari segi perasaan, akhlak dan kelakuan dan amalan. Mereka tidak dapat bersama di dunia dan tidak akan bertemu di akhirat kerana balasan Allah kepada dua kelompok manusia ini berbeza...
"Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan."(Al-Fatihah:5)
Ayat ini juga menggambarkan satu lagi pokok aqidah kita dimana tiada ibadat melainkan utk Allah dan hanya Allah tempat pergantungan kita.
Disinilah pembebasan manusia yang hakiki berlaku apabila manusia di bebaskan daripada seluruh bentuk penghambaan yang lain kepada penghambaan hanya kepada Allah..Harus di ingat kita hanyalah hamba kepada Allah bukan kepada buku, ilmu, pemerintah, kerja, perasaan etc
Kita harus membebaskan diri daripada penghambaan kepada undang2 ciptaan manusia yang bodoh dan meletakkan keyakinan kepada undang-undang Allah dan kita haru berhakimkan kepada al-haq dan al-quran.Ini hanya boleh dilakukan sekiranya kita meletakkan pergantungan dan pengharapan hanya pada Allah S.W.T.
Di dunia ini wujud dua kuasa: kuasa yang mendapat cahaya Al-Haq dan kuasa yang batil dan sesat. Kita tidak harus gentar kepada kuasa2 yang sesat seperti Amerika dan Yahudi kerana kekuatan mereka kekuatan yang kering. Mereka tidak punya kekuatan yang haqiqi iaitu kekuatan Allah..Kekuatan mereka yang sesat ibarat api yang telah padam dimana kekuatan umat Islam selamanya menyala2 ibarat api yang sedang marak..kesan aqidah yang mantap dan dari ayat ini kita letakkan segala pergantungan kepada Allah yang maha kuasa.
"Berapa banyak kumpulan yang sedikit telah mengalahkan kumpulan yang ramai dengan izin Allah?"(al-Baqarah:249)
Umat Islam dapat mengalahkan kumpulan yang ramai kerana kita punya hubungan kekuatan denga Allah..Kita boleh melakukan apa sahaja dengan izin Allah kerana kita meyakini bahawa segala kekuatan itu datangnya daripada Allah.
Sebagai umat Islam kita harus memelihara hubungan kita dgn Allah dan juga memelihara hubungan kita dengan roh alam yang sentiasa bertasbih kepada kepada Tuhan yang memelihara semesta alam.
Kita harus meyakini bahawa Allah adalah pencipa kesemua kuasa yang ada di muka bumi ini. Sudah menjadi sunnatullah bilamana Dia menciptakan kuasa2 itu dan utk digunakan oleh manusia..contoh kuasa2 yang wujud di muka bumi ni macam petroleum, dan galian yang lain atau apa2 sahaja yang kita boleh dapat daripada alam ini utk manfaat manusia..semua itu datangnya dari Allah..Dia telah menciptakan kuasa2 itu utk mencapai satu matlamat Al-Haq dan manusia harus mengkaji dan mengenali peraturan dan ketetapan Allah di sebalik penciptaanNya.
Sebagai hambaNya kita harus bersyukur bilamana kita mendapat pertolongan daripada kuasa2 itu kerana ianya adalah perantara pertolongan Allah kepada kita..Yang memebri pertolongan adalah Allah yang maha kuasa.
"Dan Dia menundukkan kepada kamu apa yang ada di langit dan bumi semua daripadaNYa."(al-Jathiah:13)
Dengan keyakinan yang jitu terhadap pertolongan Allah, tidak akan wujud anggapan yang salah terhadap benda2 yang tidak layak utk di takuti. Kita hanya beriman dan menyembah dan memohon pertolongan hanya pada Allah yang esa dan meyakini bahawa kuasa yang paling agung terletak di tangan Allah. Kesimpulannya kita harus mengkaji akan kuasa2 milik Allah yang wujud di dunia ini dan menggunakannya utk kemaslahatan umat manusia. Seperti sabda Rasulullah s.a.w ketika beliau merenung Uhud;
"Bukit in sayangkan kita dan kita juga sayangkannya"
Perasaan kasih sayang terhadap alam ciptaan Allah.
posted by ummu Ibrahim on 8:05 AM | ⊗
Saturday, May 08, 2004
Surah Al-Fatihah (ayat 1 dan 2)
Setiap umat manusia wajib membaca surah yang pendek dan mengandungi tujuh ayat ini sekurang2nya 17 kali sehari semalam dan lebih lagi kalau ditambah dengan solat sunat.
Mengapa begitu?
Kerana di dalam surah ini ada dasar-dasar aqidah dan dasar-dasar kefahaman Islam. Dalam tujuh ayat ini juga ada dasar-dasar perasaan terhadap Allah. Jika di kaji kita akan nampak mengapa tujuh ayat ini yang di tetapkan utk diulang2 bacaannya dalam setiap rakaat dan batal nya solat tanpa al-fatihah.
Surah ini dimulakan dengan..
"Dengan nama Allah yang maha penyayang dan maha pengasih"
Ada perbezaan pendapat tentang Bismilah..mengatakan bahawa ianya bukan satu ayat daripada al-fatihah. Tapi pendapat yang terkuat bahawa is adalah satu daripada surah al-fatihah adalah iaitu berdasarkan ayat di bawah:
"Sesungguhnya Kami telah kurniakan kapadamu tujuh ayat dari dari ayat-ayat yang diulang2 bacaannya dan Al-Quran yang agung."(15:87)
Yang dimaksudkan dgn tujuh ayat itu adalah SURAH AL-FATIHAH.
Apa yang ingin di gambarkan daripada ayat ini adalah memulakan sesuatu dgn "nama Allah" adalah satu adab cara yang di wahyukan oleh Allah kepada rasullNya dlm ayat pertama yg diturunkan kepada Rasulullah iaitu:
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."(Al-Alaq:1)
Adab utk memulakan sesuatu pekerjaan ataupun majlis dengan nama Allah adalah satu adab yang bersifat menganggap Allah adalah yang maha awal dan yang maha akhir. Kita mendapat kewujudan kita pun dari Allah yang menciptakan kita.Maknanya, kewujudan kita ini adalah kerana kewujudan Allah..Tanpa Allah takkan wujudlah kita. Segala yang berlaku semuanya datang dari Allah..Dialah pemula segalanya.
Allah memulakan diriNya di awal ayat dengan sifat Ar-Rahman (Maha Penyayang), dan Ar-Rahim (Maha pengasih). Ini adalah dua sifat yang merangkumi semua pengertian kasih sayang dan belas kasihan. Hanya pada Allah sahajalah terkumpul kedua sifat ini..Hanya Allah sahaja yang layak di sifatkan dgn sifat maha penyayang dan manusia boleh di sifatkan dengan sifat belas kasihan tapi tidak maha penyayang apatah lagi dengan menyifatkan manusia denagn kedua2 sifat yg di bincangkan di atas.
Memulakan sesuatu dengan nama Allah itu adalah adab kita dengan pencipta kita. Ianya merupakan dasar dalam kefahaman Islam iatu mengenali pencipta kita dan beradab sopan denganNYa.Ianya mengandungi maksud mentauhidkan Allah S.W.T.Dua sifat Allah: Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu menggambarkan tahap hubungan kita dengan Allah: hubungan antara Allah dengan hambaNya.
"Segala puji-pujian terpulang kepada Allah Tuhan yang memelihara semesta alam."
Alhamdulillah adalah satu ucapan keyukuran yang datangnya daripada hati yang melafazkan kesyukuran..Ianya bukan sekadar lafaz di mulut tapi harus di maksudkan oleh hati dengan meletakkan segala pujian itu pada Allah kerana dialah yang layak utk di puji kerana dialah pemegang segala natijah kehidupan manusia itu bukannya manusia..Manusia hanaya layak berusaha dan meletakkan natijah usaha itu kepada Allah..Setiap natijah yang terjadi drpd usaha kita patut di akhiri dengan pujian kepada Allah..(ayat ini) Oleh itu meletakkan pujian kepada Allah di awal dan di akhir adalah satu dasar2 kefahaman Islam.
"Dan Dialah Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, terpulang kepadaNya seluruh kepujian di awal dan di akhir."
Betapa tingginya limpah-kurnia Allah sehinggakan apabila hambaNya melafazkan alhamdulillah sebaik sahaja mendapat sesuatu rahmat atau rezeki maka Allah akan menuliskan satu balasan kebaikan yang mengatasi segala timbangan kebaikan yang lain.
Berdasarkan Hadith dari Ibnu 'Umar r.a bahawa Rasulullah telah menceritakan:
Ada seorg hamba Allah mengucapkan kepujian dengan kata; "Wahai Tuhanku! Segala pujian itu terpulang kepadaMu, iaitu yang layak dengan kagungan dan kebesaran kuasaMu."
Ucapan hamba Allah ini telah menyulitkan para malaikat utk menuliskan pahalanya keran ucapan itu terlalu hebat. Jadi kedua malaikat itu pergi bertemu Allah dan berkata kepadaNya; "Ada seorg hamba mengucapkan pujian yang kami tidak mengetahui bagaiman hendak menulis balasannya?"
Firman Allah:"Apakah pujian yg telah diucapkan oleh hambaKu itu?"
Jawab kedua2 malaikat itu,"Wahai Tuhanku! Segala pujian itu terpulang kepadaMu, iaitu yang layak dengan kagungan dan kebesaran kuasaMu."
Firman Allah kepada kedua2nya,"Tulislah ucapan itu sebagaimana yang diucapkan oleh hambaKu sehingga ia menemui Aku dan Akulah sendiri akan membalasNya."
Betapa hebatnya balasan melafazkan alhamdulillah sehingga Allah sendiri akan bertemu dengan kita dan memberikan balasan.....Moga kita mendapat peluang itu IA :)
Bertawajjuh dengan memberi sanjungan kepada ALlah membayangkan perasaan mukmin yang terharu dan bergetar hatinya sebaik sahaja ia teringat kepada Allah.
"...Tuhan yang memelihara semesta alam"(Al-Fatihah:2)
pengertian al-Rabbi yang luas adalah dasar kefahaman atau kepercayaan Islam keran sifat Rububiyah yang mutlak merupakan satu daripada dasar2 aqidah. Ianya bermaksud bahawa Allah adalah pemelihara, penguasa, dan pengurus yang mengendalikan kerja2 tarbiyah dan memberi pengajaran kepada makhlukNya.
Allah adalah sebaik2 pencipa kerana Dia tidak menjadikan manusia dan kemudian membiarkan kita terkapai2 kat muka bumi ni. Dia menjadikan kita kemudaian dia mengajar kita tentang cara meneruskan kehidupan ini sebagai seorg muslim. Dia berikan kita manual kehidupan iaitu Al-Quran; sistem yang paling hebat daripada Allah..Sistem daripada pencipta kita..manual manakah yang paling lengkap kalau bukan datangnya daripada pembuat atau pencipta kita. Dia yang maha mengetahui tentang apa yang di ciptakan even kita sendiri pun tak dapat nak mengenal diri kita sendiri..Hanya dengan manual yang Allah bagi yakni Al-Quran baru kita dapat mengenali diri kita..
Konsep rububiyah adalah pemisah antara aqidah tauhid yang jelas dan sempurna dan aqidah yang kabur yang menjadi akibat yang tak sepatutnya. Kalau dilihat di sekeliling kita ramai org mangaku bahawa Allah adalah Tuhan Pencipta Alam tapi at the same time depa tetap percaya pada benda2 karut yang kononnya menguasai manusia. Contohnya seperti tangkal, horoscope, tilikan tangan etc. Mereka tak meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah.
Al-Quran telah menceritakan kisah kaum musyrikin yg menyembah bermacam2 tuhan:
"Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendampingkan kami lebih dekat kepada Allah"(az-Zumar:3)
Ada sahaja alasan mereka daripada menegakkan kalimah LAILAHAILLALLAH!
Ini adalah aqidah jahiliyah di mana mereka meletakkan patung2 berhala itu sebagai perantara antara mereka dengan Allah..macamlah Allah tu memerlukan perantara utk mengetahui tentang org yang jahil tu..Allah itu adalah pencipta kita dia tak memerlukan apa2 utk itu..Dia adalah Yang Maha Mengetahui segala isi hati.
Konsep Rububiyah yang mutlak adalah merupakan persimpangan jalan antara yang memisahkan aqidah yg tersusun rapi dgn aqidah yang kacau bilau. Kita hanya bertuhankan Yang Satu iaitu Allah dan tiada yang lain. Konsep ini adalah utk menghapuskan kepeningan dan kekacauan bila bertuhankan byk tuhan. Maha Pencipta mengetahui bahawa hati2 manusia ini akan menjadi tenang dgn mengingati Nya Tuhan yang haq.
Islam datang ketika manusia sedang pening dan mabuk dengan timbunan aqidah yang karut marut; bercampur aduk antara yang haq dan batil, yang betul dengan yang palsu, agama dengan khurafat dan hati manusia ketika sedang mencari dalam kegelapan.
Oleh itu, penting bagi manusia mempunyai kemantapan aqidah sebelum mereka dapat memahami dan memperolehi satu kefahaman yang lurus dan jelas di tengah2 manusia yang jahiliyah.
Pembentukan aqidah itu terdapat dalam Al-Quran dan kefahaman2 yang jelas tentang Islam juga terdapat dalam Al-Quran jadi samalah kita kembali kepada Al-Quran dan meninggalkan sisa-sisa jahiliyah atau timbunan jahiliyah yang terkumpul didalma dada..wallahualam..
Jika dilihat daripada Sirah Rasulullah apa yang baginda lakukan pada 10 tahun di Mekah kepada 300 org sahabat (core group) baginda..Pada waktu itu proses pembentukan aqidah yang JITU berlaku..Apabila aqidah yang kukuh terbina turunlah ayat apa sahaja yang melarang sesuatu yang menjadi kesukaan mereka seperti ayat pengaharaman arak contohnya, pada masa tu juga para sahabat mencampakkan arak kdek kekukuhan aqidah mereka..masyaAllah..
Bagaimana pula dengan kita???
Jelas nampak di sini betapa pentingnya kita hanya mentauhidkan hanya Allah yang satu tiada yang lain.
Islam membersihkan kefahaman kita dari kesamaran kepada sesuatu yang jelas dan nyata..Aqidah Islam adalah yang paling sempurna yang menyucikan hati adan akal daripada kekotoran dan diganti dengan cahaya ketenangan apabila kita mengetahui tuhan yang layak di sembah hanya Allah dan mengukuhkan aqidah kita. Apabila kita mengkaji semua aqidah2 jahiliyah yang bodoh dan bandingkan dengan aqidah Islam jelas nampak perbezaan yang jelas di mana pada aqidah Islam ada cahaya tapi aqidah jahiliyah gelap gelita. Jelas aqidah Islam adalah rahmat yang haqiqi kepada hati dan aqal kerana ianya datang dari Allah S.W.T. DAN AQIDAH ISLAM BERSESUAIAN DGN FITRAH MANUSIA KERANA AQIDAH ISLAM DATANG DARI ALLAH DAN ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI TTG FITRAH MANUSIA KERANA DIA ADALAH PENCIPTA MANUSIA :)
posted by ummu Ibrahim on 9:38 AM | ⊗
Thursday, May 06, 2004
MUQADIMAH 2
'Sesungguhnya Al-Quran ini memberi hidayat ke jalan yang lurus.'
(Surah Al-Isra)
Telah terang-terangan Allah beritahu kita melalui ayat di atas bahawa Al-Quran adalah petunjuk jalan yang sebenar, manual memandu yang paling lengkap, kunci yang di buat oleh pembuat kunci yang paling masyur..Masih ramai manusia yang tidak menyedari hal ini atau sedar tapi buat2 tak sedar dan mencari alasan (kesan kelemahan iman dan kekontangan aqidah). Manusia hanya akan kembali kepada Allah yang maha pencipta apabila di timpa musibah, apabila jatuh sakit dan sebagainya tapi tidak pula mereka menggunakan sistem Allah ..Tanpa mereka sedar, hidup dengan tidak berhakimkan Al-Quran adalah punca segala penyakit yang melanda umat kala ini!
Sesungguhnya Allah amat mengetahui segala isi hati. Apakan Allah yang telah menciptakan (kamu) tidak mengetahui (isi hati kamu) sedangkan Dialah yang maha halus dan maha mendalam ilmuNya.
(Al-Mulk:13-14)
Di sinilah kecelakaan menimpa manusia apabila Islam tidak menjadi Ustaziatul alam. Kepimpinan dunia dikuasai hukum taghut. Ianya sedang menghancurkan kehidupan manusia. Satu kemajuan tamadun yang kosong. Tamadun yang akan jatuh bila2 masa kerana binaan tamadun taghut tidak punya asas atau base yang kukuh..Tamadun tanpa AQIDAH…
Kerosakan telah lahir di daratan dan lautan kerana perbuatan2 yg telah dilakukan oleh tgn manusia. (Ar-rum:41)
Islam telah memimpin manusia dengan Al-Quran, dengan syariat yang di ambil darinya. Saat penurunan al-Quran adalah saat wujudnya satu umat yakni umat Islam secara mendadak. Al-Quran memberi kefahaman yang sebenar terhadap alam, kehidupan dan nilai2 kehidupan manusia yang bersesuaian dengan fitrah..Siapa lagikah yang maha mengetahui fitrah manusia kalau bukan Yang Maha Pencipta? Al-Quran adalah manual yang bersesuaian dengan fitrah. Penurunan Al-Quran adalah sunnatullah dan di dalam al-quran ada satu sistem yang syumul; sistem hidup al-quran dan di dalam syariat al-quran.
Satu malapetaka telah melanda umat Islam sekali lagi bila manusia dipimpin oleh sistem jahiliyah. Kejatuhan khalifah merupakan tanda bahawa malapetaka yang hebat akan melanda ummat Islam. Wujud satu kumpulan yang menyesatkan yang sepatutnya menjadi musuh umat manusia. Yang meletakkan pilihan antara sistem Illahi dan kebendaan (MATERIALISME). Wujud satu sistem materialisme yang meninggalkan sistem Illahi tetapi hanya mengambil sebahagiannya sahaja dan ada juga yang meninggalkannya secara total. Sistem Illahi tidak boleh diambil sebahagian atau suku atau satu persepuluh, sebaliknya ianya adalah satu sistem yang syumul dan menyeluruh yang merangkumi semua aspek kehidupan; daulah dan tanahair, kerajaan dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang, keilmuan dan kehakiman, kebendaaan dan harta, kerja dan kekayaan, jihad dan dakwah, ketenteraan dan fikrah sebagaimana ianya juga adalah aqidah yang benar dan ibadat yang sahih..MasyaAllah betapa indahnya Islam…Jelas di sini bahawa materialisme itu sendiri adalah subset daripada Islam yang syumul;kebendaaan dan harta tetapi ianya perlulah di letakkan pada tempatnya iaitu sebagai subset dalam satu sistem Illahi yang palin sempurna iaitu Islam (Refer Usul 1).
Sistem Illahi adalah satu sistem yang meletakkan manusia sebagai khalifah di muka bumi.Khalifah yang berpandukan Al-Quran dan as-sunnah dalam menjalankan tanggungjawabnya. Allah memilih manusia utk menjadi khalifah kerana ianya bersesuaian dgn fitrah manusia. Manakala kumpulan manusia yang sesat dan meletakkan kemajuan manusia sebagai tuhan (taghut) sentiasa memburu manusia yang lalai dan melalaikan mereka daripada menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.
Di dunia ini wujud lagi satu kumpulan manusia yang mempunyai niat yang baik tetapi mereka tidak punya kefahaman yang mendalam dan kesedaran yang menyeluruh. Mereka terlalu kagum dengan pencapaian2 manusia dan kebendaan/teknologi. Ini telah mendorong mereka utk mengasingkan antara kuasa pemerintahan dengan nilai-nilai keimanan. Meletakkan Islam di satu ceruk yang lain dan kemajuan di satu ceruk yang lain. Kesan atau natijahnya..wujud manusia yang beriman atau kafir atau manusia yang mengikut sistem hidup Allah atau menentangnya, samaada menghukum dengan SYARIAT ALLAH atau dengan HAWA NAFSU manusia.
Pemisahan ini adalah sesuatu yang tidak dapat diterima pakai kerana nilai2 keimanan adalah sebahagian daripada undang2 Allah. Tidak ada sebab untuk memisahkan sesuatu yang saling lengkap melengkapi(mutakammil). Kefahaman yang sebenar adalah menerima Islam sepenuhnya tanpa meninggalkan sebahagian aspek yang lain kerana Islam adalah sistem yang datang dari Allah untuk manusia meneruskan kehidupan bersesuaian dengan fitrah..Siapakah sebaik2 pencipta selain Allah dan siapakah yang sebaik2 perancang selain Allah S.W.T..Takbir!ALLAHUAKBAR!
Dan sekiranya kaum Ahli kitab itu beriman dan bertaqwa nescaya kami hapuskan dari mereka kesalahan2 mereka dan Kami masukkan mereka ke syurga yang penuh nikmat. Dan sekiranya mereka mengakkan hukum Taurat dan Injil dan ajaran yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka nescaya mereka akan mendapat makanan yg mewah dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka.(Al-Maidah:65-66)
Sesungguhnya Allah telah mengubahkan keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan (yakni iman) yang ada pada diri mereka.(Ar-Raad:11)
Beriman kepada Allah, beribadat kepadaNya dengan jujur dan ikhlas, semuanya merupakan pelaksanaan undang2 dari sumber yang sama iaitu Al-Quran.
Tetapi, kekadang manusia terpengaruh juga dengan gejala yang mengasingkan kemajuan dan nilai2 keimanan. Memang pada awalnya natijah atau kesan daripada kesilapan itu tidak jelas tetapi ianya telah mewujudkan satu tamadun yang kosong tanpa aqidah yang jitu secara perlahan2. Inilah yang berlaku terhadap umat Islam kini..apa yang berlaku adalah natijahnya..Garis naik umat Islam menaik sewaktu pertemuan undang2 alam dgn nilai2 keimanan dlm kehidupan dan jatuh semula apabila hubungan antara keduanya semakin renggang dan terpisah. Kemudian umat Islam semakin jatuh dan tertonggeng apabila manusia terus mengabaikan undang2 alam dan nilai-nilai keimanan.
Kini, wujudlah tamadun kebendaan atau materialisme yang kosong. Ibarat telur tanpa telur kuning..memang takkan jadi ayam..Hanya akan jadi telur tembelang, telur cacat yang busuk lagi tak berguna. Buat baling org2 macam Bush (upss..)
Syariat Allah adalah yang terbaik..Ianya adalah ubat dalam menyelaraskan perjalanan hidup manusia dengan dunia ini. Syariat wujud hasil daripada keimanan yang padu di dalam hati. Ia tidak dapat tegak sendiri tanpa tiang yang kukuh. Syariat Allah wujud utk membantu melaksanakan masyarakat Islam dan membina masyarakat Islam sehingga menjadi ustaziatul alam, insyaAllah.
Undang2 alam dan nilai2 keimanan adalah subset daripada undang2 Allah yang merangkumi alam al-wujud. Manusia juga adalah salah satu daripada kekuatan alam. Kita adalah khalifah Allah di muka bumi ini dan semua kekuatan ini adalah selaras dan bersesuaian dgn fitrah alam. Hubungan antara manusia dan undang2 Allah adalah sebaik2 hubungan. Ianya haris di ikat simpul mati dan tidak perlu di buka2 lagi kerana hubungan itu adalah yang terbaik. Tiada siapa yang ingin membuka simpulan itu selain musuh2 umat manusia yang ingin menarik kita dari jalan kebenaran atau jalan hidayah ini. Oleh itu kita harus kembali menuju jalan Allah di bawah lembayung Al-Quran...wallahuallam..
#tamat muqadimah, alhamdulillah :)
posted by ummu Ibrahim on 7:09 AM | ⊗
Wednesday, May 05, 2004
5/5/2004
MUQADIMAH
Hidup di bawah lembayung al-quran adalah satu nikmat yang menyucikan jiwa. Ianya penuh berkat dan membersihkan usia. Hidup dengan Al-Quran ibarat hidup dengan panduan..ibarat mendengar Allah berkata2 melalui Al-Quran..Hidup di bawah lembayung Al-Quran membolehkan kita melihat dari kaca mata Islam yang sebenar. Seperti kembali ke zaman jahiliyah ..ibarat mereka tidak pernah mengenali al-quran..Al-quran tidak punya apa2 kepentingan lagi pada mereka ..mereka tidak nampak akan kebenaran dan kehebatan al-quran..Mereka bangga dengan sistem jahiliyah tanpa panduan al-quran..walhal al-quran itu adalah yang paling lengkap..Ibarat kanak-kanak bodoh yang asyik bermain lumpur yang kotor..
Hidup di bawah lembayung al-quran membolehkan kita nampak apa matlamat sebenar
-Terhadap alam
-Matlamat seluruh alam
-Matlamat kewujudan manusia.
Bila kita nampak akan matlamat yang jelas ini kita akan dapat lihat bahawa kefahaman jahiliyah sedang menular di kalangan manusia di dunia ini tanpa mereka sedar..Pandangan mata seorang daie melihat jahiliyah dengan matlamat utk mengubah..sedar akan tanggungjawab dakwah dan kepentingannya..
Manusia dijadikan utk mengikut fitrah penciptanya..manusia di jadikan sesuai utk hidup di dunia ini mengikut fitrah yang penciptanya kehendaki..Allah mengkehendaki kita hidup di dunia ini berpandukan Al-Quran..Al-Quran ibarat manual memandu di dunia ini..tanpa manual itu manusia akan kemalangan..menjadi jahiliyah (org yang bodoh dan tidak tahu) Rugilah manusia yang tidak tahu memandu..tak mahu ikut manual utk hidup di dunia yang dikeluarkan oleh pencipta kita iaitu Allah..Siapakah yang lebih hebat lagi daripada pencipta kita sendiri..Allahuakbar!
Dengan hidup di bawah lembayung al-quran dapat dilihat bahawa alam ini sebenarnya jauh lebih besar daripada saiznya yang sebenar. Di sini ada alam ghaib dan alam syahadah..Ia merangkumi dunia dan akhirat bukan dunia sahaja. Perjalanan manusia amat panjang, ianya tidak tamat setelah mati. Hidup di dunia bukanlah ganjaran yang sebenar..sebenarnya adalah sebahagian sahaja daripada habuan yang Allah janjikan..Setiap balasan yang tidak kita perolehi sewaktu di dunia akan kita perolehi di akhirat kelak. Di sana balasan akan di beri seadil-adilnya. Sesiapa yang hidup di bawah lembayung al-quran akan mengadap Allah Pencipta yang maha Esa sebagaimana roh yang beriman mengadap kepadaNya denga penuh kusyu'.
"Hanya kepada Allah jualah sujudnya sekalian penghui langit dan bumi sama ada dengan sukarela atau terpaksa dan bayang2 mereka (juga turut sujud) di waktu pagi dan petang."
(Ar-Ra'ad-15)
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian penghuninya sentiasa bertasbih kepada Allah dan tiada suatu kejadian pun melainkan seluruhnya bertasbih memuji Allah"
(Al-Isra'-44)
Mana satukah yang lebih baik antara kerehatan, keselesaan, kemesraan dan kepercayaan yang syumul di bawah lembayung al-quran atau kerehatan jahiliyah?
Di bawah lembayung al-quran manusia menjadi lebih mulia menjadi insan yang hidup dengan tiupan roh ciptaan Allah..
"Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan padanya roh ciptaanKu, maka rebahkanlah diri kamu sujud kepadaNya."
(Al-Hijr-29)
Dan dengan tiupan inilah Allah melantik manusia utk menjadi khalifah di muka bumi ini:
"Dan kenangilah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak melantik khalifah di mukabumi."
(Al-Baqarah-30)
Dan segala apa yang wujud di dunia ini di tundukkan utk faedah manusia:
"Dialah yang relah menciptakan untuk kamu segala apa yang ada di bumi.."Perkataan utk kamu itu menunjukkan bahawa Allah jadikan dunia ini utk manusia tetapi manusia di jadikan utk akhirat ..kerana kehidupan manusia tidak berakhir di sini sahaja..Ianya satu pengembaraan roh yang panjang..roh2 yang pernah berjanji utk sujud pada Allah bila berada di dunia nanti..Tapi ramai saja manusia yang mungkir janji yang mereka ikrarkan di alam roh sebelum kelahiran mereka di dunia ini.
Berdasarkan ayat-ayat di atas, jelaslah bahawa manusia punya darjat yang mulia..Manusia menjadi begitu istimewa kerana mereka di satukan atas dasar aqidah kerana Allah. Oleh itu aqidah (Islam) seorg mukmin merupakan segala-galanya dan di atas aqidah inilah manusia harus bersatu padu bukan seperti lembu yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana pagar dan sebagainya..tapi zaman ini ada manusia yang telah menjadi seperti lembu..Bersama kerana sesuatu bukan kerana Allah..Bersama kerana seseorg itu ada kepentingan pada dia..Tak kiralah kepentingan material atau kepentingan dari segi kuasa..Manusia sudah menjadi lembu.
Tetapi org yang beriman merupakan penyambung lidah nabi. Dari satu zaman ke zaman yang silih berganti, dia adalah salah seorg dari angkatan manusia yang mulia yang di pimpin oleh para rasul yang mulia.
"Dan sesungguhnya umat para anbiya' ini adalah umat kamu iaitu umat yg satu dan Aku adalah tuhan kamu. Oleh itu sembahlah Aku."
(Al-Anbiya'-92)
"Sesungguhnya Kami ciptakan segala sesuati dengan ukuran yang rapi."
(Al-Qamar-49)
Al-Quran mengajar kita bahawa tiada kebetulan yang membuta-tuli.Kebetulan bercanggah dengan akidah kita.
"Dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran –ukurannya dengan serapi-rapinya." (Al-Furqan-2)
Setiap yang berlaku pasti ada hikmatnya yang kekadang tidak terfikir oleh fikiran manusia yang terbatas.
"Kamu mungkin tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (An-Nisaa'-19)
Dalam kehidupan ini kita perlukan meletakkan segaa pergantungan dan harapan hanya pada Allah kerana Dialah yang maha perancang kerana natijah dan ketentuan terletak di tangan Nya. Allahlah sebaik2 perancang. Keyakinan ini dapat mengelakkan bisikan dan godaan syaitan dalam kehidupan seorg daie.
"Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu melakukan kejahatan, sedangkan Allah menjanjikan kamu dengan keampunan dan limpah kurnia dari Nya dan Allah itu maha luas kurniaNya dan maha mengetahui."
(Al-Baqarah-268)
Jelas kelihatan hidup di bawah lembayung al-quran memberi ketenangan dengan meletakkan segala pergantungan dan harapan hanya pada Allah dengan penuh keyakinan bahawa Dialah sebaik2 perancang yang maha agung.
al-haq adalah suatu yang mantap dalam binaan alam ini. Bukan suatu yang sampingan dan melukut.
"Yang demikian adalah kerana Allah itulah yang benar/al-haq dan segala apa yang mereka sembah selain dariNya itulah yang palsu dan Allah itulah Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar."
(Luqman-30)
Al-Haq dan kebatilan tidak akan bercampur aduk, itulah sunnatullah. Al-Haq adalah asas yang kukuh dalam alam al-wujud ini. Ianya akan rosak apabila ianya menyeleweng dgn kebatilan.
"Jika kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka nescaya musnahlah langit dan bumi dan penghuni-penghuninya."
(Al-Mu'minun-71)
Yakinlah bahawa kemenangan pasti akan menjadi milik kita dan kepalsuan dan kebatilan akan hancur walaupun ianya nampak seperti tidak akan tercapai tapi pengharapan hanya pada Allah yang maha merancang.
Allah membuat perbandingan tentang perbezaan antara al-haq dan al-batil (13:17), al-batil ibarat buih yang terlekat di tebing sungai manakala al-haq ibarat air arus sungai yang terus mengalir dan memberi manfaat kepada manusia.
Alhamdulillah dengan kefahaman dan keyakinan ini para daie akan terus melangakah dengan meletakkan segala pengharapan kepada Allah ..yakin dengan janji Allah dalam menegakkan al-haq kerana al-haq akan tertegak dan al-batil akan lenyap seperti buih2 yang tak berguna..
Kita harus yakin bahawa dunia ini tidak akan aman tanpa kembali kepada Allah..Kita harus melakukan perubahan bukan membaiki dan menempel2 kecacatan dunia kala ini. Perubahan yang tidak mencampur adukkan antara al-haq dan al-batil.
Kembalilah pada Allah dengan mengubah seluruh kehidupan ini kepada Sistem Illahi berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Sistem yang berhukumkan kepada Al-Quran bukannya sistem jahiliyahah (al-batil) yang mengarut dan lemah. Al-Quran adalah manual kehidupan manusia. Manusia yang beriman akan hidup berhakimkan al-quran. Tidak beriman seseorg jika dia menolak al-Quran walaupun sedikit. Contohnya:HUDUD..Siapa yang menolak hukum Allah maknanya dia menolak Al-Quran dan siapa yang menolak Al-Quran maka dia tidak beriman dan siapa yang tidak beriman maka….cacatlah aqidah mereka..AQIDAH bukan perkara kecil!AQIDAH adalah asas kita.
Refer: (45:18-19) dan (17:82)
Wallahuallam (bersambung..)
posted by ummu Ibrahim on 8:38 AM | ⊗
Kepentingan fikrah islami
Umat muslimin di wujudkan oleh al-quran
'KAMU ADALAH SEBAIK-BAIK UMAT YG DIKELUARKAN UTK MANUSIA'
(Aali 'Imran:110)
Perkataan "dikeluarkan" (ukhrijat ) di atas menerangkan bahawa kewujudan umat Islam adalah satu kelahiran secara mendadak apabila al-quran di turunkan. Al-Quranlah yang mewujudkan umat Islam dengan Rasulullah S.A.W sebagai perantaraan.
Islam tidak lahir seperti teori evolusi darwin contohnya..Kemunculan ummat muslimin merupakan satu pengeluaran yang ajaib..secara tiba2 bila Al-Quran (Kalam Allah) diturunkan..
Sebaik sahaja Al-quran diturunkan wujudlah satu ummat yang maha hebat..satu ummat yang punya senjata yang paling agung iaitu al-quran.. dari pemahaman ana ..al-Quran ibarat senjata yang maha agung..kita tahu al-quran itu adalah 'mukjizat' rasulullah..ianya kekal hingga ke akhir zaman..didlmnya ada di ajarkan satu sistem yang terbaik di dunia ini..the most applicable system in the world..yet people are denying it..confused..
Pernah tak kita terfikir satu tika dulu dengan al-quran itu telah keluar satu ummat yang agung..iaitu ummat Islam ..manusia terpilih yang berada di bawah lembayung al-quran..dengan Al-Quran itu secara mendadak tumbuh satu ummat yang dulunya penuh dengan kefahaman jahiliyah yang kotor..mundur..hidup kucar kacir..selalu bergaaduh sesama sendiri..tetapi setelah turunnya Al-Quran..mereka berubah secara mendadak..Al-quran mengeluarkan mereka secara mendadak dari hitam kepada putih..dari jahiliyah kepada Islam..
Jika difikirkan perkara itu nampak seperti tidak logik tapi ianya benar kerna Al-Quran itu adalah KALAM ALLAH..ianya datang daripada Allah yang maha agung..TAKBIR!!
Al-Quran membawa satu sistem yang paling lengkap...satu sistem yang paling baik..satu sistem dari Allah..tapi manusia masih lagi deny the fact that inside Al-Quran ada satu sistem yang terbaik..
Al-Quran menerangkan syarat keimanan (membentuk akidah) dan batas islam ..Dengan pandangan dan kefahaman inilah terbentuk satu sistem rabbani yang mengeluarkan ummat Islam dari jahiliyah menjadi satu2 nya ummat yang istimewa kerana ummat ini dibentuk oleh Al-Quran..Dikeluarkan oleh Al-Quran..
Sistem hidup asasi (sistem hidup rabbani) umat Islam mempunyai titik pertemuan dgn aqidah yang di imani mereka..ianya bukan satu sistem yang kosong tanpa aqidah yang padu..Kekuatan aqidah menjadikan sistem Islam yang di bawa oleh Al-Quran sebagai yang terbaik..
"Dan kami tidak utuskan seseorg rasul melainkan supaya ditaati dengan izin Allah"
(An-Nisaa:64)
ana hairan.kenapa ramai yang deny benda ni..Al-quran jadi hiasan walhal di dalam al-quran itu ada kalam Allah..ada di ajarkan strategy utk menang..ada di ajarkan satu sistem yang syumul...(refer usul 2 dalam usul 20 dan ayat di atas)
Manusia tidak akan di kira beriman sekiranya mereka tak menjadikan Al-quran yang mulia dan sunnah yang suci sebagai rujukan..dalam erti kata lain mereka haruslah berhakimkan kepada peraturan2 Allah yang di gambarkan dlm Al-Quran dan As-Sunnah..
Wallahuallam...
posted by ummu Ibrahim on 8:01 AM | ⊗
Monday, May 03, 2004
Hari ini dan saat ini aku akan menulis sesuatu yang bermanfaat utk Islam, Iman dan dakwah..
Ya Allah permudahkanlah urusan ku dan berikan keberkatan..insyaAllah..Ameen..
posted by ummu Ibrahim on 1:14 PM | ⊗
Graphics and design by Ann Stretton ?2001
|
Links
|